There was an error in this gadget

Monday, December 13, 2010

KEMASUKAN KE UPU

https://online.mohe.gov.my/upu/online1112/spm_f1/

FASA 1 - Buka mulai 1 November - 31 Disember 2010 (Pendaftaran)
Fasa 2 - 10 januari Mulai jam 12 tghari

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 4 APRIL 2011

Hanya 1 kali permohonan dan 3 kali pengemaskinian.

LAMAN WEB : http://upu.mohe.gov.my

KISAH SEORANG GURU

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.

KATAKAN TIDAK KEPADA PUTUS ASA

Kegagalan seakan satu perkara yang telah sebati dengan kehidupan setiap insan.Namun, tiap kali kegagalan itu berlaku, ketabahan dan penerimaan masih tiada.Pasti akan disusuli dengan kekecewaan. Sedangkan ini adalah perkara lazim dalam kehidupan. Setiap kali kegagalan itu bertandang, terlalu sukar untuk diterima oleh hati. Ada saja persoalan yang ditimbulkan mempertikaikan kegagalan yang diperoleh. Kegagalan itu membawa kepada rasa putus asa dalam diri. Namun, ingin saya bertanya, adakah berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan kegagalan? Sedangkan, kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaan. Seperti yang selalu kita dengar, ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan. Dan kegagalan itu yang membuatkan seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam menyusun perjalanan kehidupan. Pernahkah anda berdepan dengan rasa putus asa? Setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan anda tempuhi, tetapi dipatahkan dengan rasa putus asa yang tiba-tiba melintas di fikiran. Bukankah itu membuatkan anda berada dalam kerugian. Setelah masa dan kudrat habis pada sesuatu perkara, dengan mudah rasa menghasut dan menggagalkan apa yang diusahakan selama ini. Jadi, adakah segalanya berbaloi?

Lawan Perasaan Putus Asa

Paling penting adalah untuk menghadapi rasa putus yang datang. Bukan takut kepada kegagalan kerana tanpa kita sedari, putus asa ialah punca kepada kegagalan. Bukan kegagalan punca kepada timbul rasa putus asa. Kesilapan sering terjadi di situ. Putus asa juga bukan satu sikap yang baik untuk mereka yang bergelar pelajar. Kerana, dalam dunia sebagai seorang pelajar terlalu banyak dugaan dan kepayahan yang akan ditempuh. Hanya terletak kepada mereka yang mengidamkan kejayaan yang akan terus mempertahankan kekebalan semangat mereka tanpa menghiraukan rasa putus asa yang sering datang tidak mengira masa dan waktu. Jika terasa malas sewaktu belajar, itu juga merupakan sikap putus asa yang membawa kepada kegagalan. Kita perlu ingat, jangan jadikan putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita. Tetapi jadikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat kita. Putus asa seakan musuh yang tidak kita menyedarinya. Sikap itu datang dalam keadaan spontan dan halus. Seharusnya kita mengetahui erti putus asa. Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain. Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa. Semuanya bermula daripada putus asa. Jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain. Ketahui sikap itu dan tanganinya. Pasti kejayaan milik kita.

Selamat bercuti kepada warga SMK. Sg. Kruit

Pada 14 disember, genap 1/2 bln kita bercuti. Diharapkan percutian kita pada tahun ini beroleh kebaikan dan syafaat dari Nya. Kira-kiranya apa plan hari ni ye....

Wednesday, November 17, 2010

LAWATAN KE KL



Pada bulan November 2010
Lawatan ke Kuala Lumpur (Putrajaya & Kilang Coklat) telah berjalan lancar. Walaupun lawatan ke Media Prima dibatalkan namun lawatan ke Putrajaya juga tetap juga dijalankan. Ronda2 KL... seronok juga

Selamat cuti Akhir Tahun kepada warga SMK Sg. Kruit

cuti - cuti malaysia

Monday, July 26, 2010

Semangat Hari Kecemerlangan


Mawaddah


Barisan Guru

  • Orang kuat Jamuan- Pn. Azizah

Hari Anugerah Kecemerlangan 2010







Barisan Guru dan Staf

Pn. Natasya Chew binti Abdullah

Pada tanggal 22 julai 2010, SMK. Sg. Kruit telah
mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Kurikulum dan Kokurikulum. Meriah dan menakjubkan....ramai ibu bapa telah hadir memberi semangat kepada anak-anak mereka.

Wednesday, June 30, 2010

Hari Guru Peringkat Daerah


Pengarah Pelajaran Perak


Jurulatih Kompang - Pak Din.
Kumpulan Kompang SMK. SG KRUIT


Tuesday, June 29, 2010

Musibah oh Musibah...

Hidup kita di muka bumi ini sering dilanda ujian, dugaan dan musibah. Selalu kita dengar nasihat daripada teman-teman dan sesiapa jua yang menggalakkan kita bersabar, seperti ungkapan ini :

“ Bersabarlah, ini ujian daripada Allah, ada hikmah di sebaliknya... "

Bagaimanakah biasanya penerimaan kita tatkala mendengar ungkapan ini?

Apakah reaksi kita sendiri apabila kita ditimpa musibah dan ujian?

Rata-rata masyarakat sekarang, samada yang memberikan nasihat atau yang menerima nasihat, tidak memahami konsep ungkapan tersebut daripada perspektif yang positif. Malah ada yang memandang negatif atau pun meluat apabila dinasihati supaya bersabar dengan musibah yang melanda. Secara tak langsung, kita sebenarnya menyalahkan takdir ataupun lebih tepat lagi telah bersangka buruk dengan Allah.

Hikmah apa?

Apa hikmahnya?

Nak bersabar macamana lagi?

Aku dah tak ada kesabaran lagi dalam diri aku ini!! Kenapa aku ditakdirkan untuk melalui perkara ini? Aku tak sanggup untuk menderita lagi dan seterusnya.

Disini, amat penting untuk kita memahami dari persepsi positif tentang sesuatu musibah yang melanda. Kita ambil contoh :

Senario pertama

Seorang lelaki yang mengalami sakit pada dadanya. Dia kemudiannya datang berjumpa doktor untuk meminta rawatan dan pertolongan. Setelah diperiksa, maka dia disahkan mengalami kerosakan pada jantung dan perlu dibedah. Ketika dibedah, doktor akan melakukan perkara-perkara yang kita nampak seperti kejam contohnya, membelah dada pesakit, darah yang memercik keluar, dan segalanya yang amat mengerikan.

Tetapi mengapa kita membenarkan perkara ini berlaku tanpa ada rasa marah pada doktor itu? Mengapa kita boleh bersabar menunggu hingga pembedahan selesai, sehingga luka-luka tersebut sembuh, dan akhirnya jantung pesakit itu berjaya diubati, malah pesakit itu berterima kasih pada doktor tersebut?

Ini adalah kerana kita faham, bahawa doktor tersebut bukan berlaku kejam atau sengaja hendak menyeksa pesakit tersebut. Sebaliknya doktor itu bertujuan untuk merawat dan menolong pesakit itu, tetapi terpaksa melalui proses pembedahan yang menyakitkan.

Senario kedua

Kereta anda telah cukup tempoh untuk digantikan timing belt. Anda ke bengkel kereta untuk menggantikan timing belt yang baru. Mekanik akan membuka dan membawa turun enjin kereta anda dan ketika ini kereta anda yang amat anda sayangi kelihatan tak ubah seperti himpunan besi buruk yang berselerak, ketika mekanik sedang melakukan proses memasang timing belt itu. Tetapi anda tidak merasa marah atau runsing kerana anda tahu, selepas segalanya selesai, kereta anda akan kembali seperti keadaan asal. Anda juga sanggup menunggu kereta anda disiapkan dengan sabar. Semua ini adalah kerana anda memahami apa yang berlaku.

Cuba kita renungkan sejenak, dalam kehidupan kita , kebanyakan perkara atau benda yang ingin kita menambahbaik (upgrade) atau ingin dibaiki, pasti akan melalui proses yang membabitkan keadaan tidak selesa/berselerak/bersepah atau buruk, ketika proses upgrade tadi dijalankan. Tidak kira apa jua senarionya, seperti membetulkan sistem paip di dalam rumah, membaik pulih jam tangan, rumah, komputer dan sebagainya. Tetapi apa yang kita tahu, sebaik sahaja proses membaik pulih ini selesai, segalanya akan menjadi lebih baik dan lebih produktif. Seperti komputer yang telah diupgradekan, ditukar RAM dan lain-lain, ianya akan berfungsi lebih laju dan efisien.

Maka begitu jugalah dengan sesuatu musibah yang melanda diri kita. Bukankan kita semua selalu mendengar dan bersetuju dengan ungkapan ini :

" Yang baik itu dari Allah, yang khilaf itu dari kelemahan manusia sendiri... "

Copyright - iluvislam -
-SZ-

SURUHANNYA

Wahai anak-anak murid ku... tunaikanlah suruhanNya seperti yang telah dijanjikan semasa didalam rahim ibumu. Sesungguhnya solat itu TIANG AGAMA.
-SZ-

Perayaan Hari Koperasi Sekolah 2010

Pada 30 Jun (Rabu) SMK. Sg. Kruit telah mengadakan hari Perayaan KOKRUIT. Ianya telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Cikgu Norrazli Nd. Rasdi. Tahniah KoKRUIT drpd pihak UBK SMK. SG. KRUIT

Muhasabah Diri

Sunday, June 27, 2010

Hidup Kita Hanya Satu Jam?

Nisbah Hari Dunia : Hari Akhirat

Firman Allah,


و إن يوما عند ربك كألف سنة مما تعدّون

Dan sesungguhnya satu hari (mengikut perhitungan) Tuhanmu adalah seperti 1000 tahun mengikut perkiraanmu. (Surah al-Haj ayat 47)-Rujuk juga ayat 5 surah as-Sajdah



Hidup kita di dunia ini tidak lama. Cuba kita hitung nisbah hari dunia dan akhirat,

1 hari akhirat = 1000 tahun dunia mengikut perkiraan kita
Satu tahun di dunia biasa 365 hari. Cuba kita darabkan. 1000 x 365 = 365000 hari
Bermakna satu hari akhirat = 365000 hari dunia
Cuba kita andaikan, jika 1 hari akhirat juga ada 24 jam. Bermakna,
setiap jam akhirat adalah - 1000 tahun / 24 = 41.7 tahun dunia.

Umur umat akhir zaman adalah lebih kurang 60 ke 70 tahun sahaja, atau HANYA satu jam lebih mengikut perhitungan akhirat.

Hakikat Kehidupan Dunia

Firman Allah,

و ما الحياة الدنيا إلا لعب و لهو و للدار الأخرة خير للذين يتقون أفلا تعقلون

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah terlebih baik bagi orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? (Surah al-An'am ayat 32)

و ما الحياة الدنيا إلا متاع الغرور

Dan tiadalah kehidupan dunia itu melainkan kesenangan yang mempedayakan. (Surah Ali Imran ayat 185 )


أرضيتم بالحيوة الدنيا من الأخرة فما متاع الحيوة الدنيا في الأخرة إلا قليل

Apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. (Surah at-Taubah ayat 38)

Terdapat banyak lagi ayat yang Allah jadikan ia sebagai peringatan kepada kita agar tidak terpedaya dengan muslihat dan tipudaya dunia.

Namun jangan pula kita menyangka bahawa untuk kejar akhirat, kita harus tinggalkan pekerjaan, tinggalkan bermuamalah, bergaul dengan sahabat handai dan sebagainya dan hanya duduk di tikar sejadah dan memegang tasbih sepanjang masa. Islam adalah agama yang sempurna, melengkapi keperluan ukhrawi dan duniawi. Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal, harus matang dalam membahagikan masa antara ibadah dan muamalah sesama manusia.

Persoalannya

Berapa banyakkah persediaan yang telah saya dan tuan-tuan lakukan untuk ke sana?

Berapa banyakkah masa yang terbuang begitu sahaja tanpa diisi perkara atau amalan
yang bermanfaat?

Fikir-fikirkanlah...

Copyright-ILuvIslam-

Saturday, June 26, 2010

FASA BARU KEHIDUPAN PERSEKOLAHAN

Assalamualaikum....

Setelah bercuti 2 minggu, diharapkn semua murid SMK Sg Kruit bersemangat waja kembali ke sekolah. Saya mengharapkan keputusan yang terbaik bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu untuk semua................... Tahniah!!

Thursday, May 20, 2010

Majlis Perpisahan Guru-Guru Praktikal


PEMERGIAN YANG DIKENANG
Pelajar-pelajar SMK Sungai Kruit mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru praktikal kerana banyak membantu kami sepanjang cikgu-cikgu mengajar di sini…Terutamanya Aboy n Faezzie yang merindukan cikgu-cikgu praktikal…

Wednesday, May 19, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan



Salam Cikgu Di Hati, walaupun berjauhan dengan murid-murid semua, cikgu masih mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada murid tingkatan 4 dan 5 yang telah bermula pada 18hb Mei yang lalu. Kepada murid tingkatan 1 hingga 3 pula, akan bermula pada 25hb Mei ini. Semoga peperiksaan kali ini akan dapat mengukur sejauh mana kefahaman kita setelah belajar hampir 5bulan ini. Diucapkan agar semua murid akan dapat menjawab dengan tenang. Mulakan dengan bismillah...Selamat Berjaya kepada semua murid SMK Sg Kruit....Kami sayang semua....
Salam Cikgu Di Hati....

Wednesday, May 12, 2010

sejenak bersama semua....



Semoga cikgu-cikgu praktikal berjaya pada masa akan datang. Dan dapat menjadi seorang guru yang berdedikasi, bertanggungjawab dan amanah...Semoga sihat selalu dan berbahagia. Kalau dah nak kahwin tu, faham -faham la...ajak la kami...

Salam daripada Aboy & Faezzie...=)

Peralihan Kuasa...

Pada masa akan datang, blog ini akan diambil alih oleh 2 orang pelajar yang hensem lagi baik iaitu Faezzie dan Hasbullah(aboy). Semoga blog ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Salam Cikgu Di Hati.

Monday, April 26, 2010

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak...

Pada petang ini, pada pukul 5.00 petang akan berlangsungnya perlawanan persahabatan bola sepak antara SMK Sg Kruit menentang SMK Trolak. Perlawanan ini melibatkan antara staf kedua-dua sekolah. Diharapkan pihak sekolah SMK Sg Kruit akan mencapai kemenangan. Keputusan akan dikemaskini secepat mungkin. Salam Cikgu Di Hati.

Guru Pelatih & Kaunselor Pelatih bersama-sama menyiapkan mural

Kesemua Guru Pelatih telah diberikan ‘projek’ oleh pihak sekolah untuk menyiapkan mural dikawasan sekolah. Mural ini merangkumi didalam dewan, papan kenyataan dan laluan pejalan kaki. Semoga ‘projek’ ini akan dapat diselesaikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Salam Cikgu Di Hati.


Cikgu Robin & Cikgu Suhairi
Cikgu Azwa & Cikgu Robin

Cikgu Naim, Cikgu Azwa & Cikgu Robin
Jejaka Terhangat....Cikgu Saha, Cikgu Azwa & Cikgu Robin...

Cikgu Rafidah...


empat sekawan....

Lawatan Sambil Belajar

Pada 24hb hingga 25hb yang lepas, pihak Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke beberapa tempat yang menarik yang boleh dilawati. Antara tempat yang telah dilawati adalah Pusat Sains Negara, Muzium Negara, USIM, Nilai dan Genting Highland. Diharapkan kepada semua murid-murid yang menyertai lawatan itu akan mendapat maklumat dan ilmu yang berguna untuk digunakan pada masa akan datang. Semoga segala kekurangan dan masalah yang timbul semasa lawatan ini tidak disimpan dalam hati. Ambik yang baik dan buang yang buruk. Semoga pada masa akan datang, pihak Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Sg Kruit akan dapat mengadakan lawatan seperti ini lagi. InsyaAllah. Salam Cikgu Di Hati.


Cikgu Naim & Uchi...

Faezzie & Azreen 'mencover' muka gemuruh...

Cikgu Robin & Syahmie


Cikgu Rafidah sebelum 'berlepas' ke 'angkasa'..hehehe

Gambar kenangan tanpa Cikgu Azwa kerana Cikgu Azwa ambik gambar ni...

Kerjasama dengan Unit Bimbingan & Kaunseling

Pada 10 April yang lepas, pihak Unit Disiplin telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas Fasa 1 di sekolah. Kursus kepimpinan pengawas ini telah mendapat kerjasama dengan Unit Bimbingan & Kaunseling melalui 2 orang kaunselor pelatih. (Cikgu Khairul Azwa dan Cikgu Robin). Selain itu juga antara guru yang telah terlibat adalah Cikgu Badrul dan Ustazah Latifah. Semoga kursus kepimpinan fasa 1 ini akan mendapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Salam Cikgu Di Hati.








Latihan Kebakaran...Unit Bomba & Penyelamat Bidor




Pada 24hb Mac yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan Latihan Kebakaran yang telah mendapat kerjasama daripada Pihak Bomba Kawasan Bidor. Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada unit bomba dan penyelamat terutamanya ibu pejabat kawasan Bidor kerana telah memberikan kerjasama yang penuh semasa melakukan latihan kebakaran ini. Semoga kerjasama ini akan terus dapat dijalinkan pada masa-masa akan datang. Salam Cikgu Di Hati.


Pihak Bomba sedang menyalakan api

Antara gelagat murid 'menyelamatkan' diri daripada kebuk pemadam kebakaran


Ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Bomba Kawasan Bidor

Sunday, April 25, 2010

Lawatan Sambil Belajar Tahun 2010




Friday, March 19, 2010

Aktiviti Semasa Mesyuarat PIBG Tahun 2010









*** Tahniah kepada mereka yang telah berjaya mendapat hamper.



Health Tip of The Day