Sunday, January 31, 2010

Montaj Pelancaran Blog Unit Bimbingan dan Kaunseling



Montaj ini direka khas untuk pelancaran blog Unit Bimbingan dan Kaunseling.

PRS Tahun 2010






Watikah Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya baru sahaja selesai pagi tadi. Majlis ini telah dijalankan dengan kerjasama antara guru kaunselor sekolah dan kaunselor pelatih serta dibantu oleh ahli-ahli PRS. PRS di SMK Sg. Kruit amat bergiat cergas dan aktif. Oleh itu, diharap agar ahli-ahli PRS bagi tahu 2010 ini memberikan impak yang besar kepada pelajar-pelajar lain dalam menjana pelajar yang berwibawa. Tahniah kepada ahli-ahli PRS yang baru dilantik dan selamat menjalankan tugas. Sekian Terima Kasih.

Thursday, January 28, 2010

Kem Pembelajaran Strategik Murid Asli








Kem ini telah dijalankan pada 28 Januari 2010 (khamis). Kemi ini telah dijayakan oleh guru kaunselor sekolah iaitu Pn. Noraini dan Pn. Suzilawati dan dibantu oleh beberapa orang guru pelatih UPSI.

MATLAMAT

Membantu pelajar mengetahui cara belajar secara berkesan dan strategik.

OBJEKTIF

1. Menarik minat murid untuk hadir ke sekolah.

2. Menambahkan sikap yang lebih positif terhadap pembelajaran.

3. Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kemahiran-kemahiran yang perlu dalam proses pembelajaran.

4. Menyedarkan kepentingan pelajaran dalam kehidupan seharian.

Kem Pembelajaran

Wednesday, January 20, 2010

Tahukah anda?



Menurut kajian, jika anak-anak kita belajar 10 perkara hari ini, mereka akan lupa 9 daripadanya dalam masa hanya 2 hari.


Kadangkala anak-anak faham dan boleh buat latihan bersama kita, tetapi di dalam peperiksaan mereka lupa semuanya dan gagal untuk Skor A.


Menurut kajian Psikologi, nombor adalah antara fakta yang paling susah dihafal. (Patutlah anak-anak kita begitu sukar untuk menghafal fakta dalam bentuk nombor semasa belajar Sejarah dan Geografi)


Tahap kecerdasan dan kebijaksanaan anak-anak kita selalunya diukur dengan melihat sejauh mana mereka boleh ingat apa yang telah dipelajari. Semakin tinggi kebolehan mereka menghafal, mereka kelihatan semakinbijak dan cerdas.


Anak-anak mudah putus-asa dan lemah semangat jika mereka ASYIK LUPA apa yang telah dipelajari. Akibatnya mereka menyangka bahawa mereka itu bodoh.


Mudah belajar dan menghafal adalah satu teknik yang boleh dipelajari dan dikuasai. Jika pelajar lain boleh cemerlang, anak-anak kita juga pasti boleh cemerlang.


Osman Affan

Renung-renungkan...




Tuesday, January 19, 2010

Terkini:

Bagi pelajar tingkatan 4 yang telah menduduki PMR tahun 2009 boleh menyemak permohonan ke sekolah menengah vokasional dan teknik bagi tahun 2010, pelajar boleh klik pada link di bawah.

Antara Gambar Kenangan 2006-2007













Monday, January 18, 2010

Blog Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Sg. Kruit

Blog ini merupakan blog untuk Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Sg. Kruit. Oleh itu, warga SMK Sg Kruit boleh melayari blog ini bagi melihat dan berkongsi segala maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dan yang akan dijalankan. Semoga blog ini dapat dimanfaat bersama.