Friday, February 26, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan Kepada Semua Pelajar

Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua murid Smk Sg Kruit ini. Jadikan peperiksaan ini sebagai kayu pengukur sejauh mana murid memahami pembelajaran sehingga setakat ini. Pesanan daripada Unit Bimbingan & Kaunseling, mengucapkan selamat maju jaya kepada semua murid. Selamat Berjaya.
*jangan asyik hendak meniru je tau...cuba dengan usaha sendiri...*

Selamat Menghadapi Peperiksaan





adakah anda macam ini semasa peperiksaan???
(meniru)

Akan Datang : Lawatan Ke Genting Highland & Bangunan Astro (KL)

Pada bulan April akan datang, unit Bimbingan & Kaunseling Smk Sg Kruit akan mengadakan lawatan ke Genting Highland dan Bangunan Astro. Program lawatan ini adalah 2 hari 1 malam. Lawatan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah Smk Sg Kruit sahaja. Lawatan ini juga boleh disertai kepada semua guru dan warga sekolah ini. Sekiranya para pelajar berminat, bolehlah terus berurusan dengan kaunselor-kaunselor sekolah iaitu Cikgu Noraini dan Cikgu Suzilawati. Atau boleh juga berurusan dengan kaunselor-kaunselor pelatih iaitu Cikgu Azwa dan Cikgu Robin. Untuk maklumat lanjut bolehlah datang ke Bilik Bimbingan & Kaunseling sekolah nanti.



Lawatan ini terbuka dengan siapa cepat dia yang dapat.




Genting Highland
Bangunan Astro

Sunday, February 21, 2010

Sekitar Perbarisan Sempena Temasya Sukan Olahraga Sekolah 2010

Sebelum itu, taniah diucapkan kepada Rumah Syahbandar kerana telah berjaya menjuarai dalam Kejohanan Temasya Sukan Olahraga untuk tahun 2010 ini. Kepada rumah sukan yang lain (Bendahara,Laksamana & Temenggung), diharapkan dapat meningkatkan prestasi pada masa akan datang. Akan tetapi, secara keseluruhannya, bagi semua rumah sukan untuk tahun ini telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam setiap acara yang dipertandingkan. Berikut adalah gambar-gambar sekitar perbarisan sebelum bermulanya temasya sukan ini. Gambar-gambar bagi acara sukan olahraga pula akan menyusul kemudian.

Puteri-puteri Rumah Syahbandar

Cikgu Rafidah & Cikgu Naim bersama maskot Rumah Syahbandar


Puteri- puteri Rumah Bendahara
Puteri-puteri Rumah Temenggung bersama guru

Pembarisan yang diketuai oleh Saudara Hasbullah
Pembarisan Membawa Bendera Kejohanan


Pembarisan Badan Pengawas
Pembarisan Pendidikan Khas


Pembarisan Bulan Sabit Merah


Pembarisan Kadet Remaja
Pembarisan Pengakap


Pembarisan Puteri Islam


Pembarisan Rumah Sukan Bendahara
Pembarisan Rumah Sukan Laksamana
Pembarisan Rumah Sukan Temenggung


Pembarisan Rumah Sukan Syahbandar
(Rumah Sukan yang Johan)



Pembacaan Ikrar Kejohanan

Wednesday, February 17, 2010

Akan Datang...Temasya Sukan Olahraga SMK Sg Kruit....



Pada hari Sabtu akan datang 20hb Februari 2010, akan berlangsung acara Temasya Sukan Olahraga Sekolah bagi tahun 2010. Diharapkan Temasya Sukan ini akan berjalan dengan lancarnya. Semoga semua kontingen yang terlibat akan dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak penganjur. Temasya Sukan Olahraga ini akan bermula dengan perbarisan oleh kontingen rumah sukan dan badan-badan beruniform. Selepas itu akan diteruskan dengan acara sukan olahraga yang telah dipertandingan iaitu acara 100 meter, 200 meter, 400 meter dan 4 x 100 meter. Tidak ketinggalan acara jemputan yang akan disertai oleh wakil daripada sekolah-sekolah yang berhampiran. Kepada semua atlet, semoga berjaya dan berusaha dengan sebaik mungkin. Apa yang penting adalah kita tidak berputus asa.

Selamat Tahun Baru Cina



Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Sg Kruit ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada warga sekolah terutamanya Puan Pengetua, Puan Natasya Chew binti Abdullah. Tidak lupa juga kepada murid bangsa cina iaitu Jackie dari tingkatan 3 Rajin dan Evonne dari tingkatan 5 Sains. Semoga tahun baru ini iaitu Tahun Harimau akan membawa seribu makna kepada semua.



Gong Xi Fa Cai…Selamat Tahun Baru Cina….

Terima Kasih kepada wakil Pejabat Tabung Haji Daerah Tapah

Pihak sekolah SMK Sg Kruit dan Unit Bimbingan & Kaunseling ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada wakil Tabung Haji Daerah Tapah kerana sudi datang ke sekolah kami untuk menguruskan pendaftaran baru akaun Tabung Haji kepada warga sekolah SMK Sg Kruit ini pada Jumaat yang lepas (12hb Februari 2010). Kemudahan yang telah diberikan kepada pihak sekolah membolehkan seramai 100 orang telah dapat membuka akaun Tabung Haji ini dengan senang dan mudah dengan hanya RM2 sahaja. Semoga kerjasama yang telah terjalin antara pihak sekolah SMK Sg Kruit dan pihak Tabung Haji terutamanya di Daerah Tapah dapat diteruskan pada masa akan datang.
Terima Kasih Tabung Haji terutamanya Tabung Haji Daerah Tapah.

Selamat Bersara kepada Cikgu Kulasingam a/l Marimuthu


Selamat bersara diucapkan kepada cikgu Kulasingam yang telah bersara pada hari Rabu (11hb Februari) yang lepas. Banyak persiapan telah dirancang dan telah berjaya diadakan pada hari tersebut dengan gilang gemilangnya. Diharapkan walaupun cikgu Kula telah bersara, akan tetapi semangat pendidik itu tetap wujud dalam diri cikgu itu. Semoga cikgu Kula sentiasa sihat dan terus bersemangat dalam mengharungi kehidupan ini. Selamat Bersara Cikgu Kulasingam.

Wednesday, February 3, 2010

Raptai Watikah Pelantikan PRS



Video raptai watikah pelantikan jumaat lalu telah dimasukkan semula. Murid-murid terutamanya ahli PRS sekolah boleh menonton. Layan..

Sukan...



Baru je berlangsung sebentar tadi.. banyak murid yang mempunyai bakat terpendam.. SMK. Sg. Kruit boleh....