Saya ulas akan kes rogol beramai-ramai ni di akhbar Utusan Malaysia, dan ia tersiar pada 4 Mac 2010. Saya tambah sikit nasihat2 (based on pengalaman sendiri dan pengalaman orang2 lain juga) selain daripada apa yang tertera dalam Utusan Malaysia tu KHAS buat anak2 dara dan anak2 teruna smk. sg. kruit muda belia, remaja pembela harapan bangsa di masa depan:
1. anak2 daraku, jagalah KEHORMATAN diri kamu. jagalah sebaik2nya. jangan bagi peluang walau seorangpun anak teruna usik KEHORMATAN kamu. KEHORMATAN tu tak spesifik pada satu, dua benda saja ye, macam2 yang bersifat lahiriah, batiniah, tersurat, tersirat, extinsic, intrinsic, tangible mahupun intangible. kenapa? demi KESEJAHTERAAN hidup kamu duniawi wa ukhrawi, indeed!
2. anak2 daraku, jagalah KEHORMATAN mak ayah kamu. jagalah betul2. kadang, mak ayah bagi 'chance' untuk kamu bersosial, bukan sebab apa...sebab nak kamu bahagia. tapi kalau chance tu kau tukarkan jadi 'golden chance' untuk merosakkan diri, nanti ianya berubah jadi HANTU yang akan ekor kamu sampai mati. hantu macam mana? hantu yang boleh buat jiwa mak ayah kamu runtun, luluh, hancur sebab kamu jatuhkan kehormatan mereka. hantu yang boleh buat jiwa kamu sendiri jadi takut, traumatik, malu, stress sebab KEHORMATAN kamu dan KEHORMATAN mak ayah kamu dah terbayang melayang meninggalkan kamu dengan 1001 sesalan yang....tak berguna dah!
3. anak2 terunaku, jagalah dan peliharalah KEJANTANAN kamu itu kepada benda2 yang baik dan dihalalkan dalam Islam. bayangkan eh, konsep domino, kita susun satu persatu petak domino tu dan kita jatuhkan...setiap satu domino itu akan menjatuhkan domino yang lain, dan ia berterusan, dan berterusan...macam tulah kita, andai kita buat sesuatu walau baik mahupun buruk, ianya akan berterusan memberi kebaikan atau keburukan kepada pihak lain, berterusan dan berterusan. kalau kamu buat dosa, dapat satu saham, lepas itu orang lain tu tertekan dengan dosa yang kamu buat, sampaikan dia contohnya membunuh diri, kamu pun dapat saham dosa dia. faham kan? jangan buat2 tak faham ye?
4. anak2 terunaku, zaman2 muda ni memang syiok, semua benda dibuat dengan kawan2 kamu memang nampak best...tapi ingat tau, satu hari nanti kamu jadi BAPAK juga, Allah tu maha kaya, maha membalas, maha adil. andai kamu buat buruk kat anak dara orang, lepas itu kamu nampak macam selamat sejahtera je, kamu tunggulah, andai Allah balas benda yang sama pada ZURIAT KESAYANGAN BUAH HATI PENGARANG JANTUNG kamu...masa tu kamu rasa apa agaknya kan? bengang? tak, tak, tak, jangan bengang dulu...tapi, masa tu kamu rasalah BANGANGnya kamu, kerdilnya kamu di sisi Allah yang Maha Kuasa. menyesal pun tak guna ! faham kan?
************************************************
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm
LAPORAN kes rogol bergilir-gilir di Felda Sg. Klah, semakin menjadi-jadi dan membimbangkan kebelakangan ini. Selaklah akhbar-akhbar, dengarlah berita di corong radio, atau tontonlah televisyen, pasti kita akan menemukan berita 'panas' dan menyedihkan seperti ini. Kelihatannya, maruah anak gadis hari ini sangat murah harganya, lantaran begitu mudah diratah-ratah oleh golongan lelaki bernafsu binatang.
Saya rasa begitu tersentuh hati dan sedih membaca laporan Utusan Malaysia semalam bahawa seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan 15 lelaki di Felda Sungai Klah dekat Sungkai, kelmarin. Sesuatu yang sangat menyedihkan adalah kerana seorang murid SMK.Sg. Kruit terlibat, yang seorang lagitu pulak, merupakan bekas murid sekolah ini juga, dah diberhentikan sekolahpun...
Nauzubillah! Saya yakin bukan sahaja guru, bahkan semua orang akan berdoa agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi, malu warga sekolah..............
Jika diamati kronologi kebanyakan kes sebegini, terdapat banyak punca yang perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh semua pihak. Antaranya faktor kepercayaan dan kebebasan tanpa batasan yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Kononnya generasi zaman sekarang tidak boleh dikongkong dan perlu diberi ruang memilih jalan hidup sendiri. Maka, anak-anak diberikan 'lampu hijau' untuk bercampur-gaul dengan golongan rakan yang disenangi mereka. Akibatnya, anak-anak ini tersalah memilih rakan-rakan.
Sikap ingin mencuba perkara negatif di kalangan anak remaja selalunya membawa padah. Mereka terdorong untuk mencuba sesuatu yang nampak menyeronokkan sambil bergaul bersama rakan-rakan tanpa memikirkan kesan buruk hasil sikap suka mencuba itu. Dalam kes rogol beramai-ramai ini, remaja lelaki kelihatan lebih 'berani' melakukan perkara negatif dan jenayah apabila berada dalam kumpulan rakan-rakan yang ramai.
Selain itu, wujud juga faktor 'kerelaan' anak gadis dalam perlakuan seks bebas dengan rakan-rakan. Bak kata orang, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Bermula dengan aksi ringan yang kemudian mengundang kepada aktiviti seks yang lebih menyeronokkan pada mata kepala mereka. Akhirnya, mereka tumpas menjadi 'lauk' mangsa rogol teman lelaki sendiri dan rakan-rakannya.
Pengaruh gaya hidup bersosial yang terlalu terbuka seperti yang dipaparkan di Internet dan media massa banyak mempengaruhi keperibadian dan pemikiran anak remaja kini. Berpeleseran, pergaulan tanpa batas antara lelaki dan perempuan, gaya hidup mewah dan menunjuk-nunjuk, kesemua ini adalah paparan gaya hidup yang kononnya menepati trend kehidupan yang didahagai remaja masa kini.
Begitu juga sumber bahan lucah terlalu mengujakan buat anak remaja yang begitu mudah diperoleh di Internet atau di sesetengah kedai telekomunikasi. Semua ini berupaya menjadi perangsang nafsu dan mendorong mereka mencari teman dan mangsa untuk melampiaskan nafsu seksual yang membuak-buak hasil dorongan bahan lucah tersebut.
Usia remaja belasan tahun adalah peringkat remaja melalui transformasi fizikal, tahap kematangan fikiran dan bertingkah laku ke arah kedewasaan. Namun dalam masa yang sama, mentaliti dan gaya 'kanak-kanak' itu masih juga wujud dalam diri mereka. Dalam hal ini, mereka sentiasa bereksperimen dan berkonflik dengan diri sendiri untuk memilih dan menentukan jenis dan cara gaya hidup yang ingin dibentuk. Ada kalanya langkah mereka tepat, tetapi selalu juga ia tersasar daripada batasan yang digariskan oleh agama dan budaya.
Andai anak-anak ini pernah tersilap langkah, maka sebagai ibu bapa dan keluarga, sokongan moral yang padu perlulah diberikan supaya mereka tidak rasa tersisih dengan kesilapan yang dibuat. Jangan mudah menghukum mereka tanpa kompromi dan terburu-buru.
Sebagai ibu bapa, anak remaja sememangnya perlu diberikan kebebasan, tetapi toleransi yang diberi perlu mempunyai batasan yang jelas dan tegas berasaskan prinsip keagamaan, moral dan kebudayaan. Tidak salah untuk anak-anak bersahabat, tetapi kita sebagai ibu bapa berperanan besar dalam membimbing anak-anak untuk memilih sahabat mereka yang tepat.
Masyarakat sekeliling juga berperanan sebagai ejen pelengkap dalam mencegah berlakunya masalah sosial di kalangan remaja. Tegur dan cegah jika mampu andai kita terlihat perilaku anak remaja yang kelihatannya menyimpang. Atau sekiranya tidak mampu melakukannya sendiri, laporkanlah kepada pihak yang sewajarnya seperti polis.
Secara spesifik, langkah perawatan sewajarnya perlu bagi golongan remaja yang telah menjadi mangsa dalam kes rogol beramai-ramai ini. Remaja seperti ini wajar diberikan rawatan pemulihan, bimbingan kerohanian dan kaunseling supaya mereka dapat mengatasi trauma dan tekanan jangka panjang yang dilaluinya. Ia menunjukkan bahawa masih ada sokongan padu diberikan oleh keluarga dan institusi kemasyarakatan di sekeliling mereka walaupun mereka pernah tersilap langkah atau menjadi mangsa tanpa kerelaan.
Bagi mereka yang bersalah seperti perogol beramai-ramai yang tidak berperikemanusiaan ini perlu dihukum melalui saluran perundangan sebagai balasan setimpal atas sifat dan nafsu kebinatangan mereka. Seterusnya, menjadi pengajaran berguna kepada mereka dan pihak-pihak lain agar tidak sewenang-wenangnya melakukan kejahatan dan merosakkan kehidupan orang lain yang tidak berdosa.
Sebagai peringatan kepada perogol yang masih tidak sedarkan diri dan semua anak didikku, ingatlah setiap sesuatu yang kita lakukan pasti akan mendapat balasannya kelak. Andai baik amalan yang kita lakukan maka baiklah balasan yang akan kita terima, begitu juga sebaliknya. Itulah janji Allah SWT kepada kita sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya), dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula." (surah al-Zalzalah, ayat 7-8).
No comments:
Post a Comment