Tuesday, February 28, 2012

  • Patience is the art of hoping.
  • You can’t keep blaming yourself. Just blame yourself once, and move on.
  • Ability is nothing without opportunity.
  • Friendship often ends in love; but love in friendship - never.
  • The first step to getting the things you want out of life is this: Decide what you want.
  • Sabda Rasulullah s.a.w: “Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.”
  • If you wish to avoid seeing a fool, you must break your mirror.
  • I’ve got to say “no” to the good so I can say “yes” to the best.
  • When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile.
  • Disiplin yang baik terbentuk dari sikap
  • yang baik dan sikap yang baik adalah hasil daripada
  • pemimpin dan teladan yang baik.
  • Carilah seribu sahabat dalam pergaulan,
  • kerana seribu sahabat belumlah banyak.
  • Jauhilah seorang musuh, kerana musuh yang
  • seorang itu sudah lebih daripada banyak.
  • Orang yang membuat kesalahan dan berdusta untuk
  • menutupnya, bererti membuat dua kesalahan.
  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Monday, February 27, 2012

PERHIMPUNAN MINGGUAN

Mulai tahun 2012, PRS dan Pengawas akan bergilir-gilir untuk mengendalikan Perhimpunan Mingguan .

PRS hendaklah bersedia terlebih awal untuk memastikan Perhimpunan berjalan lancar .
Skrip ucapan untuk hari Selasa-Jumaat telah disediakan oleh PRS yang terlibat.
Manakala, skrip ucapan bagi hari ISNIN , telah disediakan oleh Cikgu Noraini .

Setiap PRS harus melaksanakan tugas yang diberi . PRS yang cuba untuk mengelak dari tugasan , akan dikenakan tindakan .

Harap Maklum .

LAWATAN PRS

Makluman kepada semua PRS ,
lawatan PRS akan dijalankan pada 26 April 2012 .
Oleh itu, semua ahli PRS sila jelaskan yuran secepat mungkin kepada FARAH ERIYANA, bendahari UBK.

SEBULAN : RM 2.00

CABUTAN HARI LAHIR

BAGI PELAJAR-PELAJAR YANG MENYAMBUT HARI LAHIR PADA BULAN JANUARI-FEBRUARI, SILA HADIRKAN DIRI KE BILIK UBK UNTUK MENGISI KERTAS CABUTAN UNDIAN YANG DISEDIAKAN DI HADAPAN PINTU .
KERTAS CABUTAN HENDAKLAH DILETAKKAN KE DALAM BALANG YANG DISEDIAKAN.


Thursday, February 2, 2012

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN

Pada 17 Februari 2012 ..
Pihak sekolah akan mengadakan MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN Pembimbing Rakan Sebaya .
Pada minggu tersebut juga bermulalah tugasan PRS untuk mengendalikan Perhimpunan sehingga hujung tahun bergilir-gilir 2 minggu sekali dengan Pengawas .

Semua PRS wajib memberikan kerjasama dengan sebaiknya .

Friday, January 27, 2012

Blog Oh Blog

Assamualaikum semua pengunjung !
Untuk pengetahuan semua .. blog "http://brokoli-ungu.blogspot.com/ " yang diasaskan oleh salah-seorang ahli UBK .. bkn blog rasmi Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Sg Kruit ..
Blog tersebut dibina ketika berlangsungnya pertandingan mencipta blog manakala blog ini merupakan blog terawal yang dibina dan diasaskan oleh guru-guru pelatih UPSI .
Blog ini kini diambil alih oleh Puan Noraini dan Pembimbing Rakan Sebaya yang terlibat .
Harap Maklum .

_Cikgu Noraini_


Saturday, December 24, 2011

Result PMR 2011

Tahniah buat pelajar-pelajar PMR 2011 yang telah mencapai keputusan yang membanggakan !
9A . 8A . 7A . 6A . 5A . 4A . 3A . 2A . 1A . Tahniah !
Sesiapa yg dapat full A , tuntut lar ye PAKEJ PELANCONGAN yang dijanjikan !

Thursday, July 7, 2011

Selamat Tinggal.. Puan Suzilawati.

Selamat Tinggal buat Puan Suzilawati yang telah bertukar ke Smk Dato' Zulkifli , Slim River. Kami dari Unit Bimbingan dan Kaunseling merasakan pemergian Cikgu secara mengejut telah membuatkan kami terasa kehilangan seorang guru yang sangat prihatin, baik dan disayangi ramai. Semoga pemergian Cikgu tidak dapat kami lupakan. Kami harap Cikgu dapat kembali berkhidmat di Smk Sungai Kruit semula.. Kami amat menyayangi Cikgu... Terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan sepanjang perkhidmatan Cikgu di sini.

Yuran!

Perhatian!!!
kepada semua PRS.. sila jelaskan Yuran anda sebelum akhir tahun 2011.

Sebulan-RM 2.00.
Sila bayar kepada Puan Noraini @ Bendahari: Jackie/Fazrini..
Sekiranya anda tidak menjelaskan Yuran tersebut.. anda akan diambil tindakan..
Harap maklum.

T-Shirt PRS

Perhatian kepada semua PRS Smk Sg Kruit..
Sila berikan nama dan saiz baju segera kepada Puan Noraini.

Lengan Panjang Rm 27.00
Lengan Pendek Rm 26.00
Sila bayar sebelum bulan 9.
T-Shirt berwarna PURPLE.

Monday, July 4, 2011

LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

Hikmah Osman Affan

Jangan bazirkan tenaga anda untuk mencari alasan. Sebaliknya, gunakan segala keupayaan anda untuk mencari dan mencipta jalan penyelesaian. ~Osman Affan

Kenapa kerja sekolah tak siap? “Rumah saya ada kenduri semalam cikgu.”

Kenapa tak datang kelas tambahan semalam? “Kawan-kawan tak beritahu saya ada kelas cikgu.”

Kenapa gagal dalam ujian ni? “Cikgu ajar tak jelas. Lagi pun saya memang lemah sikit subjek ni.”

Semakin banyak kita gunakan keupayaan kita untuk mencipta alasan, semakin kurang keupayaan kita untuk mencari jalan penyelesaian. Akhirnya, kita akan sentiasa tersekat di takuk lama.

Setiap kali ada masalah, elakkan dari menuding jari ke arah orang lain. Cari kesilapan dari dalam diri sendiri dahulu kerana di situlah selalunya punya kebanyakan masalah kita. Bila kita sudah akui kesilapan kita, lebih mudahlah untuk kita perbaiki dan majukan diri kita sehingga berjaya.

Ubah Perkataan Dalam Perbualan Seharian

Kita bercakap, bercakap, bercakap, tapi kita tak kawal perkataan yang keluar dari mulut kita, baik ke, buruk ke, ye tak?

Biasanya, kita kurang mengawal perkataan-perkataan yang kita ucapkan ketika berbual. Suka hati kita nak cakap apa..

Tahukah Anda, perkataan yang keluar dari mulut kita sebenarnya mempengaruhi mood dan attitude kita sendiri? Perkataan yang kita gunakan tatkala bercakap melambangkan siapa kita dan cemana mindset kita.

Jika kita suka cakap yang kasar, yang besar, yang bongkak, ada caci maki, tak puas hati dan cercaan, maknanya attitude kita negatif.

Jika kita suka cakap dengan tone suara yang terkawal, sopan dan jelas, diselang seli dengan lawak jenaka, rasa persahabatan, mood kehepian serta bebas dari umpatan atau caci makian, itu maknanya attitute kita positif. Attitude Yang bagus, yang membuat orang senang nak senang dengan kita.

Untuk membina sikap positif dalam diri, Anda kena ubah perkataan dalam setiap perbualan seharian.

Kawal apa yang Anda fikirkan dan yang Anda ucapkan. Selalulah cakap yang baik-baik saja dan kalau boleh yang bersemangat membara. Jauhkan diri dari selalu mengkritik atau bercakap pasal ketidakpuashatian Anda dengan perbuatan orang lain.

Elak mencaci-maki, mencerca atau menengking. Elak seelak yang mungkin, sejauh yang mungkin, lupakan selupa yang mungkin, selama mana yang mungkin!

Satu perkataan saja boleh mempengaruhi sikap, kerana satu perkataan boleh menjadi ayat lalu ayat-ayat itulah yang ditangkap oleh minda Anda. Kesannya, ia melekat di situ menjadi sebahagian dari apa yang selalu Anda ucapkan.

Tukar “kalau” menjadi “bila”.

Tukar “mustahil” kepada “boleh jadi”.

Tukar “boleh buat ke? boleh berhasil ke?” kepada “Saya percaya saya boleh buat! Apa peluang yang saya ada?”. Bila diubah, terasa macam ada peluang dan ada harapan untuk berusaha.

Contoh ayat-ayat positif yang Anda boleh praktikkan…

Aku boleh, sememangnya boleh!
Aku mahu cuba!
aku ada peluang untuk berjaya!
Aku tak mahu tangguh, aku mahu buat sekarang!
Aku mau buktikan!

Friday, June 17, 2011

Perpindahan Guru Kaunseling SMK Sg. Kruit

Cikgu Suzilawati telah selamat berpindah ke SMK Dato' Zulkifli Mohamad Slim. Beliau telah menamatkan perkhidmatannya di SMK Sg. Kruit pada 1 Jun 2011. Selamat bertugas di tempat baru semoga terus maju jaya.

Monday, April 11, 2011

PROGRAM EZY SAINS




Program Ezy Sains telah diadakan pada 6 April 2011 (Rabu) di Dewan Jauhari SMK Sg. Kruit.
Semua murid Tingkatan Tiga terlibat. Program ini telah berjaya dan berjalan lancar. Terima Kasih kepada guru-guru yang bekerjasama menjalankan program ini, seperti Pn. Syarinatul Hajar, Cikgu Osman, Cikgu Marzian, Cikgu Azizah, Cikgu Adabiah, Cikgu Nasri dan semua guru yang terlibat.

Wednesday, March 30, 2011

Mesyuarat PIBG

Mesyuarat PIBG telah diadakan pada 30 Mac 2011 bertempat di Dwan Jauhari pada jam 2.30 ptg. Slot Motivasi juga diadakan dan dikendalikan oleh En. Ismail bin Hashim merupakan kaunselor SMKA Slim River.
Mesyuarat berjalan dengan lancar .

Wednesday, March 9, 2011

Jangan putus ASA

Ah!! Tensionnya!"

"Banyaknya masalah"

"Ada tak orang yang hidup tiada masalah?"

Satu demi satu persoalan mengetuk gegendang telinga saya, jika persoalan-persoalan itu mampu memberi kesan kepada gegendang telinga, pastinya gegendang telinga saya sudah berlubang sekarang! :)

Adakah manusia yang tidak punya masalah?

Bertanya persoalan yang seperti itu, seolah-olah kita bertanya: Adakah manusia hidup yang tidak bernafas?

Benar. Masalah sudah amat sinonim dengan diri seorang insan kerdil lagi hina bergelar manusia. Sedangkan Nabi dan para sahabat juga dicubit sayang oleh Allah, inikan pula kita manusia biasa...

Persoalannya bukan adakah manusia yang tidak ada masalah tapi lebih kepada bagaimana kita menghadapi permasalahan yang ada.

Jika kita cuba lari dari masalah percayalah masalah itu tidak akan pergi.

Berhadapanlah dengannya.

"Sebenarnya... Hidup bila tidak ada masalah jadi mendatar, jadi tidak ada kenangan yang hendak dikenang.. Jadi hambar." Sahabat yang saya kasihi melontarkan nasihat.

"Tapi kan bila ada masalah jadi susah hati, jadi sedih..." Saya menyambung.

"Memanglah, mana ada orang ada masalah suka hati je..."

Saya ketawa. Benar, masalah itu menjadikan hati menjadi murung tapi di sebalik kemurungan itu akan terselit pula kebahagiaan.

Apabila masalah itu telah selesai, percayalah kita pasti mampu tersenyum malah tertawa sewaktu mengenangkannya.

Maka,jangan sesekati berkata: "Oh Allah! Aku ada masalah yang besar!" Tapi berkatalah:

"Oh Masalah, Aku ada Allah yang Maha Besar!"

Allah Pasti Akan Membantu

"Macam mana ni..." Matanya berair, berserta esakan yang perlahan. Hujung tudungnya diambil sedikit buat mengesat air mata yang kian mengalir. Saya gusar. Melihatnya mengalirkan air mata membuat saya tidak keruan.

"Sabar..Sabar.."

Sergahan ustaz tentang hafazan kami membuatkan hati sahabat-sahabat sekelas menjadi kecut. Ah, takut ujian yang diberi tak dapat dijawab dengan baik, takut hafazan tersekat di tengah-tengah.

Memandang sahabat yang sedang menangis itu, entah kenapa secara tiba-tiba saya berasa sedikit tenang, seolah-olah terdengar-dengar janji Allah ;

"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa," (Al-Hajj :22)

"Ok, cepat cepat!" Ustaz memanggil.

Sahabat saya nan satu itu ke hadapan, bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Beberapa minit berlalu....

Surah An-Naba' dan An-Naziat berjaya dilepasi.

Berjaya pula dia mendapat 10/10.

Oh Allah, betapa Engkau tidak pernah mengecewakan hambaMu yang berusaha!

Jangan berputus asa

"Saya rasa masalah saya ni dah tak ada jalan penyelesaian dah. Buntu."

Ingatkah kita pada firmanNya ;

"jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Jangan sesekali berputus asa. Masakan Allah menimpakan ujian dengan sia-sia, masakan Allah sengaja membuat kita sakit dan bersedih.

Sedangkan setiap penyakit itu ada ubatnya melainkan mati, masakan masalah yang kita hadapi langsung tidak punya jalan penyelesaian.

"Saya dah puas cuba macam-macam, tapi...tapi..begini juga."

Nah, lihat kembali dalam diri.. Segala keputusan yang diambil, adakah dikembalikan kepada Allah. Maksud saya, adakah kita redha, adakah segala keputusan dan tindakan yang kita ambil kita bertawakal kepada Allah atau kita merasa yakin dengan diri kita sendiri?

Hakikatnya...Allah timpakan ujian agar kita memuhasabah diri. Allah beri sakit untuk kita menghapus dosa, Allah beri kesusahan agar kita kembali padaNya.

Jika kita menyombong diri...termasuklah kita dalam kalangan orang yang rugi.

Jika kita tidak kembali pada Allah... Terbengkalailah masalah kita dengan seribu persoalan.

Kembalilah... Allah menantimu.

Berusaha dan kemudian serahkan urusanmu pada Allah.

Sungguh, Dia lebih Mengetahui!

Bangunlah, Bangkitlah, Berdirilah..Walau kamu terasa payah, walau kamu terasa seksa.. Kerana hakikatnya Allah akan membantumu. Pasti! Jangan diragui.

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Al-Imran : 159)

Kisah sebakul air

Selalu terjadi, kita merasakan usaha kita sia-sia. Penat kita berusaha tetapi langsung tiada hasil. Malas hendak buat perkara yang sama lagi kerana seakan tidak berbaloi. Begitu juga halnya dengan rutin membaca kita, iaitu membaca al-Quran.

Apa yang lebih mahal, usaha (effort) atau hasil (result)?

Amad dan Atuk

Seorang petani tua tinggal bersama cucunya di sebuah kawasan pedalaman. Rutin sesudah subuh sebelum bertani, Si Atuk akan membaca al-Quran di pangkin. Amad, cucu Si Atuk sentiasa memerhatikan gelagat atuknya, dan berusaha untuk merutinkan bacaannya seperti atuk.

Suatu hari Amad bertanya, "Atuk, Amad cuba untuk baca al-Quran setiap hari macam Atuk, tapi Amad selalu tidak faham. Bila faham sekali pun, Amad tetap akan lupa bila Amad tutup al-Quran. Apa ya kebaikan baca al-Quran, Atuk?"

Si Atuk menutup al-Quran dan tersenyum, faham benar dengan pertanyaan cucu tunggalnya itu. Tidak menjawab soalan Amad, sebaliknya Atuk menyuruh Amad berbuat sesuatu, "Amad ambil bakul arang di dapur. Pergi ke sungai dan bawa balik sebakul air untuk Atuk."

Amad hanya menurut, pergi ke sungai, mengisi air ke dalam bakul, dan berjalan balik ke rumah. Sebelum sampai ke rumah, air terkeluar melalui lubang-lubang bakul yang dibuat daripada rotan. Amad berpatah balik ke sungai sekali lagi.

Dari jauh Si Atuk memerhatikan gelagat Amad sambil tertawa, lalu berteriak, "Amad perlu bergerak lebih laju, supaya sempat sampai di rumah!"

Kali ini Amad berlari lebih laju, tetapi hasilnya tetap sama, bakul tetap kosong sebelum sampai ke rumah. Tercungap-cungap keletihan, Amad fikir terlalu mustahil untuk membawa air menggunakan bakul, lalu dia mencapai baldi.

"Atuk tidak mahu air dari baldi, Atuk hanya mahu air dari bakul. Amad belum berusaha dengan bersungguh, Atuk tahu."

Lalu Amad mencapai bakul tadi dan segera ke sungai, dia ingin membuktikan kepada Atuknya yang dia telah berusaha bersungguh-sungguh. Malah semakin cepat Amad berlari, semakin cepat air keluar daripada bakul tersebut.

"Tengok Atuk, tidak berguna bukan? Bakul ini tetap kosong," kata Amad kepada Atuknya, menelan rasa kecewa.

Betulkah tidak berguna?

"Tidak berguna kata Amad? Cuba Amad lihat bakul itu."

Amad melihat bakul di tangannya, dan Amad baru perasan satu perkara, iaitu bakul itu tidak lagi comot dengan kesan arang dan tanah, malah jauh lebih bersih, luar dan dalam.

"Amad, itulah yang berlaku bila kita selalu membaca al-Quran. Kita mungkin tidak faham, atau tidak ingat apa-apa, tetapi yakinlah bila kita membacanya, kita akan berubah, luar dan dalam".

Amad tersenyum lebar dan penuh bahagia, persoalannya kini terjawab.

Usaha atau Hasil?

Seringkali kita terfokus pada hasil, sehingga kita terlupa usaha itu yang lebih utama. Tanpa usaha tiada hasil. Mulai sekarang ubahlah apa yang kita lihat. Lihat dan hargailah usaha, walau hasilnya tidak seberapa.

Jika kita berupaya sekuat tenaga menemukan sesuatu, dan pada titik akhir upaya itu hasilnya masih kosong, maka sebenarnya kita telah menemukan apa yang kita cari dalam diri kita sendiri, yakni kenyataan, kenyataan yang harus dihadapi, sepahit apa pun keadaannya.

- Artikel iluvislam.com

WANITA VS RAMA RAMA

Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.

Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.

Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.

Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.

Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.

Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.

Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]

Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk Syurga Allah. Antaranya menjaga kehormatan diri setelah mendirikan solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka dimuliakan Allah dengan memberi keistimewaan untuk masuk Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA SMK SG. KRUIT

BISMILLAHIRAHMAN NIRAHIM....

Alhamdulilah dengan izin Allah saya mengharapkan semua dalam keberkatan Allah SWT.

Bermula 12 Mac 2011 bersamaan hari sabtu, sekolah sekali lagi melabuhkan tirai untuk memberi ruang kepada murid untuk bercuti. harapannya cuti ini dapat memberi sesuatu yang bernialai kepada kita. contohnya pelajar peperiksaan PMR dan SPM dapat menghadiri kelas2 tambahan. Selain itu, kita dapat bersama mak ayah tercinta.... bermesra bersama adik kakak abang...sungguh indah sekali.
Diharapkan semua anak-anak murid kesayangan saya menjaga diri dan sentiasa bersikap baik dengan ibu bapa....
Jangan tinggal solat, InsyaAllah kita didalam keberkatannya.

mama su