Sunday, June 27, 2010

Hidup Kita Hanya Satu Jam?

Nisbah Hari Dunia : Hari Akhirat

Firman Allah,


و إن يوما عند ربك كألف سنة مما تعدّون

Dan sesungguhnya satu hari (mengikut perhitungan) Tuhanmu adalah seperti 1000 tahun mengikut perkiraanmu. (Surah al-Haj ayat 47)-Rujuk juga ayat 5 surah as-Sajdah



Hidup kita di dunia ini tidak lama. Cuba kita hitung nisbah hari dunia dan akhirat,

1 hari akhirat = 1000 tahun dunia mengikut perkiraan kita
Satu tahun di dunia biasa 365 hari. Cuba kita darabkan. 1000 x 365 = 365000 hari
Bermakna satu hari akhirat = 365000 hari dunia
Cuba kita andaikan, jika 1 hari akhirat juga ada 24 jam. Bermakna,
setiap jam akhirat adalah - 1000 tahun / 24 = 41.7 tahun dunia.

Umur umat akhir zaman adalah lebih kurang 60 ke 70 tahun sahaja, atau HANYA satu jam lebih mengikut perhitungan akhirat.

Hakikat Kehidupan Dunia

Firman Allah,

و ما الحياة الدنيا إلا لعب و لهو و للدار الأخرة خير للذين يتقون أفلا تعقلون

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah terlebih baik bagi orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? (Surah al-An'am ayat 32)

و ما الحياة الدنيا إلا متاع الغرور

Dan tiadalah kehidupan dunia itu melainkan kesenangan yang mempedayakan. (Surah Ali Imran ayat 185 )


أرضيتم بالحيوة الدنيا من الأخرة فما متاع الحيوة الدنيا في الأخرة إلا قليل

Apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. (Surah at-Taubah ayat 38)

Terdapat banyak lagi ayat yang Allah jadikan ia sebagai peringatan kepada kita agar tidak terpedaya dengan muslihat dan tipudaya dunia.

Namun jangan pula kita menyangka bahawa untuk kejar akhirat, kita harus tinggalkan pekerjaan, tinggalkan bermuamalah, bergaul dengan sahabat handai dan sebagainya dan hanya duduk di tikar sejadah dan memegang tasbih sepanjang masa. Islam adalah agama yang sempurna, melengkapi keperluan ukhrawi dan duniawi. Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal, harus matang dalam membahagikan masa antara ibadah dan muamalah sesama manusia.

Persoalannya

Berapa banyakkah persediaan yang telah saya dan tuan-tuan lakukan untuk ke sana?

Berapa banyakkah masa yang terbuang begitu sahaja tanpa diisi perkara atau amalan
yang bermanfaat?

Fikir-fikirkanlah...

Copyright-ILuvIslam-

Saturday, June 26, 2010

FASA BARU KEHIDUPAN PERSEKOLAHAN

Assalamualaikum....

Setelah bercuti 2 minggu, diharapkn semua murid SMK Sg Kruit bersemangat waja kembali ke sekolah. Saya mengharapkan keputusan yang terbaik bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu untuk semua................... Tahniah!!

Thursday, May 20, 2010

Majlis Perpisahan Guru-Guru Praktikal


PEMERGIAN YANG DIKENANG
Pelajar-pelajar SMK Sungai Kruit mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru praktikal kerana banyak membantu kami sepanjang cikgu-cikgu mengajar di sini…Terutamanya Aboy n Faezzie yang merindukan cikgu-cikgu praktikal…

Wednesday, May 19, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan



Salam Cikgu Di Hati, walaupun berjauhan dengan murid-murid semua, cikgu masih mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada murid tingkatan 4 dan 5 yang telah bermula pada 18hb Mei yang lalu. Kepada murid tingkatan 1 hingga 3 pula, akan bermula pada 25hb Mei ini. Semoga peperiksaan kali ini akan dapat mengukur sejauh mana kefahaman kita setelah belajar hampir 5bulan ini. Diucapkan agar semua murid akan dapat menjawab dengan tenang. Mulakan dengan bismillah...Selamat Berjaya kepada semua murid SMK Sg Kruit....Kami sayang semua....
Salam Cikgu Di Hati....

Wednesday, May 12, 2010

sejenak bersama semua....



Semoga cikgu-cikgu praktikal berjaya pada masa akan datang. Dan dapat menjadi seorang guru yang berdedikasi, bertanggungjawab dan amanah...Semoga sihat selalu dan berbahagia. Kalau dah nak kahwin tu, faham -faham la...ajak la kami...

Salam daripada Aboy & Faezzie...=)

Peralihan Kuasa...

Pada masa akan datang, blog ini akan diambil alih oleh 2 orang pelajar yang hensem lagi baik iaitu Faezzie dan Hasbullah(aboy). Semoga blog ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Salam Cikgu Di Hati.