Menurut kajian, jika anak-anak kita belajar 10 perkara hari ini, mereka akan lupa 9 daripadanya dalam masa hanya 2 hari.
Kadangkala anak-anak faham dan boleh buat latihan bersama kita, tetapi di dalam peperiksaan mereka lupa semuanya dan gagal untuk Skor A.
Menurut kajian Psikologi, nombor adalah antara fakta yang paling susah dihafal. (Patutlah anak-anak kita begitu sukar untuk menghafal fakta dalam bentuk nombor semasa belajar Sejarah dan Geografi)
Tahap kecerdasan dan kebijaksanaan anak-anak kita selalunya diukur dengan melihat sejauh mana mereka boleh ingat apa yang telah dipelajari. Semakin tinggi kebolehan mereka menghafal, mereka kelihatan semakinbijak dan cerdas.
Anak-anak mudah putus-asa dan lemah semangat jika mereka ASYIK LUPA apa yang telah dipelajari. Akibatnya mereka menyangka bahawa mereka itu bodoh.
Mudah belajar dan menghafal adalah satu teknik yang boleh dipelajari dan dikuasai. Jika pelajar lain boleh cemerlang, anak-anak kita juga pasti boleh cemerlang.
Tidak penting apa yang orang lain fikirkan tentang diri kita tetapi apa yang lebih penting ialah apa yang kita fikirkan tentang diri kita dan orang lain.”
No comments:
Post a Comment