Pada hari Sabtu akan datang 20hb Februari 2010, akan berlangsung acara Temasya Sukan Olahraga Sekolah bagi tahun 2010. Diharapkan Temasya Sukan ini akan berjalan dengan lancarnya. Semoga semua kontingen yang terlibat akan dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak penganjur. Temasya Sukan Olahraga ini akan bermula dengan perbarisan oleh kontingen rumah sukan dan badan-badan beruniform. Selepas itu akan diteruskan dengan acara sukan olahraga yang telah dipertandingan iaitu acara 100 meter, 200 meter, 400 meter dan 4 x 100 meter. Tidak ketinggalan acara jemputan yang akan disertai oleh wakil daripada sekolah-sekolah yang berhampiran. Kepada semua atlet, semoga berjaya dan berusaha dengan sebaik mungkin. Apa yang penting adalah kita tidak berputus asa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment