Sunday, March 7, 2010

Minggu Anti Dadah dan Pencegahan Jenayah

Salam sejahtera sekalian,..
Mingu Anti Dadah dan Pencegahan Jenayah akan dilancarkan pada 8hb Mac 2010. Program ini akan dijalankan selama 5 hari iaitu bermula 8hb hingga 12hb Mac. Oleh itu, semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kruit dialu-alukan dalam menjayakan program ini kerana kerjasama sekalian amat dihargai. Program ini dirancang dan dilaksanakan bagi memberi maklumat kepada semua warga SMK Sg. Kruit khususnya kepada murid-murid sekalian. Terdapat beberapa aktiviti yang disediakan iaitu seperti menulis sajak dan melukis poster. Setiap aktiviti yang dijalankan akan disediakan dengan hadiah yang akan disampaikan pada akhir program ini. Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Jika terdapat kekaburan dari segi maklumat mengenai program ini, murid-murid boleh berhunbung dengan kaunselor sekolah dan kaunselor pelatih di Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling.

No comments:

Post a Comment