Wednesday, February 17, 2010

Terima Kasih kepada wakil Pejabat Tabung Haji Daerah Tapah

Pihak sekolah SMK Sg Kruit dan Unit Bimbingan & Kaunseling ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada wakil Tabung Haji Daerah Tapah kerana sudi datang ke sekolah kami untuk menguruskan pendaftaran baru akaun Tabung Haji kepada warga sekolah SMK Sg Kruit ini pada Jumaat yang lepas (12hb Februari 2010). Kemudahan yang telah diberikan kepada pihak sekolah membolehkan seramai 100 orang telah dapat membuka akaun Tabung Haji ini dengan senang dan mudah dengan hanya RM2 sahaja. Semoga kerjasama yang telah terjalin antara pihak sekolah SMK Sg Kruit dan pihak Tabung Haji terutamanya di Daerah Tapah dapat diteruskan pada masa akan datang.
Terima Kasih Tabung Haji terutamanya Tabung Haji Daerah Tapah.

No comments:

Post a Comment